019 3118916 (h/p)    03 92817857 (Office) 

Email : sales8@klservice2u.com

 

 

Kenapa Membeli Alat Mainan Seks?

 

Keseronokan

Dalam masyarakat yang mana keseronokan seksual dihubungkaitkan dengan kesalahan, adalah tidak menghairankan jika alat mainan seks mendapat cacian buruk dikalangan masyarakat. Alat permainan seks dikatakan amat seronok jika dilakukan tanpa rasa bersalah. Alat mainan seks sewajarnya digunakan demi untuk keseronokan semata-mata. Ia menawarkan peluang unik untuk meneroka tubuh badan kita dengan cara baru dan menarik. Tidak syak lagi anda akan menemui lebih mengenai kehendak seks anda dan berkemungkinan menjumpai beberapa zon-zon ghairah baru. Alat permainan seks hanyalah sebagai laluan kepada keseronokan.

 

Fantasi

Bagi sesiapa yang mempunyai perhubungan dengan seorang pasangan, kebiasaannya agak sukar untuk kita meneroka fantasi seksual kita. Menjadi setia adalah lebih penting dari melepaskan keinginan yang mendalam.Alat permainan memberi peluang demi memenuhi fantasi kita di dalam persekitaran yang selamat. Dalam hal ini, alat permainan seks sangat membantu dalam mana-mana perhubungan cinta. Hampir mustahil bagi seseorang boleh memuaskan setiap aspek kemahuan pasangan. Alat mainan seks boleh membantu anda dengan cara menyediakan unsur baru kepada aktiviti seksual tanpa perlu menanggung  apa-apa komplikasi akibat dari merealisasikan fantasi anda.

 

Inspirasi

 

Persembahan tanpa inspirasi di kamar tidur boleh memberi ketegangan sebenar dalam perhubungan anda. Dengan tekanan hidup seharian, seks sering diketepikan oleh hal-hal lain yang lebih penting. Samada mengenai keluarga atau kerjaya, kehidupan kita semakin sibuk dari hari ke hari dan intimasi selalunya dirasakan terpinggir. Jadi, mengapa tidak anda memperkenalkan sesuatu lain dari yang lain?

Alat permainan seks memberi peluang kepada pasangan menjelajahi antara satu sama lain dengan cumbu-cumbuan dan gelak ketawa bersama-sama. Alat permainan dewasa adalah cara yang paling baik untuk menceriakan kehidupan seks anda.

 

Kesihatan Seksual

 

Alat mainan seks adalah baik untuk anda! Terdapat dokumen-dokumen yang menarik dan boleh dipercayai mengaitkan antara kebaikan kesihatan dengan kegunaan alat permainan seks ini. Semasa menopause (putus haid), kebanyakan wanita mengalami sedikit penipisan dinding vagina. Penyelidikan mendapati bahawa penggunaan dildo yang kerap boleh membantu mengekalkan ton vagina.

 

Wanita yang menghadapi masalah mencapai orgasma juga boleh mendapat manfaat dari penggunaan alat permainan seks ini. Ramai pakar yang arif mengenai hal ini mengesyorkan menggunakan alat penggetar bagi membantu mengatasi masalah orgasma.

 

Mitos lazim

 

Mitos #1: Pasangan saya mahu menggunakan alat permainan seks. Seksual saya semestinya tidak mencukupi.

Apabila membeli (atau masih dalam pertimbangan untuk membeli) alat permainan seks,  adalah idea yang baik untuk mengambilkira perasaan pasangan anda. Berbincanglah mengenai alat permainan seks dengan pasangan anda sebelum memperkenalkan ia dalam kehidupan seks kerana ia bukan sahaja sebagai tanda penghormatan, malah melibatkan banyak perkara. Ramai orang menganggap bahawa alat permainan seks dibeli untuk memenuhi sebahagian ketidaksempurnaan seksual.  Ini bukanlah kebanyakan penyebabnya. Berbincanglah dengan  pasangan anda mengapa anda mahu membeli alat permainan seks; ia perlu bagi mengelakkan mana-mana hati terluka.

 

Kebanyakan orang membeli alat permainan seks kerana ia merupakan salah satu cara yang seronok dalam meneroka kemungkinan-kemungkinan baru. Seronok untuk menjelajah potensi seksual samada bersendirian atau pun bersama pasangan.

 

Mitos #2: Saya akan ketagih dengan alat mainan seks dan tidak boleh mencapai orgasma jika tidak menggunakannya.

Memang ada segelintir orang akan cenderung untuk terbiasa dengan bentuk rangsangan tertentu. Samada ianya dari kemahiran pasangan anda, atau penetrasi vagina oleh dildo, terdapat sebahagian bentuk rangsangan tertentu dianggap boleh menewaskan anda. Anda boleh ketagih dengan penggetar sama sahaja seperti anda ketagih dengan gaya tertentu bila bersama pasangan anda. Ia boleh terjadi, tetapi anda bukannya tidak boleh dibantu untuk mengawal dan mengubahnya. Cubalah dengan posisi baru, alat permainan baru dan aktiviti baru. Teruskan mencuba perkara-perkara baru dan seksual anda tidak akan bergantung pada gaya-gaya tertentu sahaja.

 

Mitos #3: Menggunakan penggetar boleh merosakkan alat kelamin saya.

Perbalahan ini sama sekali tidak berasas. Penggetar kadang-kala boleh membuatkan alat kelamin merasa kebas semasa atau sebaik sahaja selepas penggunaan tetapi kepekaannya akan kembali segera pulih. Cubalah rangsangan yang berbeza-beza semasa berasmara kerana ia boleh mengurangkan rasa kebas.

 

Antara kemahuan dan perasaan bersalah

“Jangan puaskan nafsu diri dengan diri sendiri”

 

Terlalu banyak kata-kata yang didengar oleh anak-anak muda. Apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan mula meneroka badan mereka, ia telah menjadi sesuatu yang agak memalukan bagi ibubapa.  Akhirnya, kanak-kanak menganggap mempelajari bahagian sulit mereka adalah tidak baik, bahkan dilarang. Maka, bermulah pertalian antara rasa bersalah dengan kemahuan.

 

Akan tetapi, ia tidak berhenti di sini sahaja. Apabila golongan ini memasuki sekolah tinggi, mereka akan berhadapan dengan pantang larang masyarakat. Sudah jelas bahawa masyarakat masih belum boleh menerima jika kita bercakap mengenai melancap. Pemikiran mengenai apa penerimaan masyarakat lebih diutamakan, penting agar kita tidak mengubah apa-apa. Menjelajahi diri sendiri adalah perkara yang dilarang. Banyak mitos dan khabar angin bertebaran, meninggalkan mereka sendirian di dalam dunia yang dipenuhi dengan tanda-tanya bersama jawapan-jawapan yang terlalu sedikit.

 

Tambahan pula, remaja banyak dihujani dengan nasihat moral berkaitan pelacuran dan seks sebelum kahwin, juga penyakit yang sering digeruni iaitu STD (penyakit jangkit-berjangkit kelamin) dan kehamilan luar nikah yang selalu dikaitkan dengan perlakuan-perlakuan sumbang tersebut.

 

Kesemuanya mengarah kepada hubungkait antara keinginan seksual dan kesalahan. Kepuasan seksual-perkara yang paling penting dan perlu bagi kebanyakan orang yang mempunyai minat terhadapnya- mengikut batasan-batasan masyarakat beradab. Segala bentuk keindahan seks telah disalahertikan dan dilemparkan dengan kejian.Malah, walaupun sudah separuh abad selepas penerbitan penemuan hasil kajian Kinsey ke atas ciri-ciri seks manusia, masyarakat Amerika Selatan masih didatangi dengan leteran Puritanisma(orang yang sangat mementingkan tatasusila dan agama).

 

Walau dimanapun anda berada, sudah pasti anda akan mendapati alat permainan seks mempunyai reputasi yang buruk. Sehingga sudah lebih kurang 10 tahun yang lalu, anda masih belum menjumpai satu bukupun mengenai alat mainan seks. Ada yang membincangkan hal tersebut dalam ringkasan 2 muka surat sahaja di dalam buku panduan seks, namun, ianya masih tidak mencukupi. Malah, pencarian “alat permainan seks” di Amazon.com hanya menemukan 9 keputusan yang tidak banyak membantu. Dalam banyak cara, alat permainan seks merupakan rintangan terakhir ke arah keterbukaan seks. Perancang kehamilan, homoseksual, melancap- ini semua adalah aspek seksual yang masih dan sudah banyak dibincangkan secara telus dan terbuka. Walau bagaimanapun, apabila menyebut sahaja alat penggetar, masih ada segelintir di sekeliling anda akan tertawa malu.

 

Alat permainan seks adalah sihat sepenuhnya-berani jika kami katakan ianya semulajadi?- ia merupakan cara untuk anda meneroka kepuasan seksual. Walaubagaimanapun, di dalam masyarakat yang kita diami sekarang, mereka masih menjadikan kemahuan itu satu kesalahan. Ia berubah secara perlahan-lahan. Media-media utama sudah mula mengakui bahawa alat mainan seks benar-benar wujud, dan ya, ada yang  sudahpun menggunakannya dan suka akannya.Alat permainan seks sudahpun diterima secara perlahan-lahan bermula dari penduduk Ruth sehinggalah ke seluruh bandaraya.

 

Jadi, tinggalkan rasa bersalah anda dan:

 

Pergilah bermain dengan diri anda!

 

Mengapa perlu membeli alat penggetar?

Mengapa harus kita gunakan alat penggetar?

Alat penggetar adalah satu bentuk rangsangan yang paling berkuasa yang anda boleh gunakan bagi memberi kepuasan kepada badan anda. Bagi wanita, penggetar boleh memberi kesan secara terus, getaran yang tiada batasnya pada klitoris (kelentit wanita) dan kawasan disekitarnya-rasa yang selalunya lebih nikmat dan sensasi berbanding daripada lidah, zakar atau tangan pasangan anda. Bagi lelaki pula, penggetar boleh merangsang banyak kawasan yang memberahikan, termasuklah tempat di mana mereka pun tidak tahu akan kewujudannya. Bagi pasangan pula, penggetar boleh menjadi pilihan yang sempurna dalam kehidupan seks rutin atau penarik tambahan kepada persetubuhan yang lebih memberahikan. Penggetar adalah produk yang selamat, sihat dan hebat sepenuhnya direka untuk semua orang.

 

Bagaimana saya boleh membuat pilihan yang mana satu lebih baik?

Membeli alat penggetar seharusnya merupakan pengalaman peribadi-lebih kurang seperti membeli kasut, atau pakaian – dan yang penting adalah memastikan bahawa pilihan penggetar itu sesuai dengan anda. Adakah penggetar itu sesuai untuk anda, atau adakah anda akan menggunakan ia bersama pasangan anda? Adakah anda menggunakannya untuk merangsang vagina, atau dubur, atau kedua-duanya sekali? Adakah anda perlukan alat penggetar khusus untuk merangsang klitoris(kelentit)? Bagi lelaki, adakah anda akan menggunakan penggetar tersebut untuk melancap? Soalan-soalan ini dan soalan lain perlu anda jawab supaya anda dapat membeli penggetar yang paling sesuai untuk diri anda.

 

Siapa yang akan menggunakannya?

Jika anda bercadang untuk menggunakannya bersama pasangan anda, adalah lebih baik jika anda memilihnya bersama-sama. Ini bagi memastikan yang kedua-duanya selesa dengan produk yang dibeli. Jika ia khusus untuk lelaki, yang bersarung adalah pilihan terbaik kerana ia dapat menutupi seluruh zakar, dan menggetar seluruh kawasan. Penggetar dubur juga amat menyeronokkan dan mengghairahkan. Wanita mempunyai banyak pilihan kerana terdapat banyak jenis penggetar yang direka khas khusus untuk wanita. Pilihan terpulang kepada wanita jenis rangsangan apa yang paling menyeronokkan. Mereka seharusnya memilih penggetar yang boleh memberi urutan terbaik di tempat-tempat yang memerlukan rangsangan.

 

Apa jenis rangsangan yang anda cari?
Adakah anda mencari penetrasi dalam atau rangsangan khusus pada kelentit? Dubur atau urutan seluruh badan? Atau adakah anda mahu mencuba kesemuanya? Kuasa bateri penggetar menawarkan kemudahan mudah alih yang luarbiasa dan senang dijaga dengan getaran lembut, manakala penggetar elektrik memberi kuasa yang tiada tandingannya. Sesetengah lelaki dan wanita memilih sesuatu yang asli seperti menyerupai zakar yang sebenar, sementara yang lain memilih untuk mencuba bentuk-bentuk keseronokan lain yang lebih unik.

Terlebih dahulu, fikirkan apa yang anda harapkan dari alat penggetar, dan kemudian pilihlah yang mana satu sesuai untuk anda.

 

 

Bagaimana hendak membersih dan menjaga alat permainan seks anda

 

Pernahkah anda terfikir bagaimana caranya anda boleh menyimpan alat permainan anda dalam keadaan sempurna? Sila lihat informasi penjagaan dan pembersihan kami!

 

Alat permainan Silikon

Silikon merupakan bahan asas terbaik bagi pembuatan dildo. Ia anjal, dapat mengekalkan haba badan dan oleh kerana ia kalis air, membuatkan ia mudah untuk dibersihkan. Bahan asas buatan yang mahal disamping fakta mengatakan bahawa dildo silikon anda adalah buatan tangan dan dikeluarkan dari pengilang kecil bermakna anda membayar lebih- tetapi sebenarnya ia amat berbaloi! Alat permainan silikon anda boleh membuatkan kehidupan anda dimasa akan datang menyeronokkan jika ia dijaga dengan baik. Ia boleh dibersihkan dengan sabun lembut dan air, boleh direbus di dalam air sehingga 5 minit, dan anda juga boleh meletakkan ia di atas rak basuh pinggan anda.

Jika anda berkongsi alat permainan seks, atau menggunakannya untuk kedua-dua vagina dan dubur, gunakan ia bersama-sama kondom bagi meminimakan risiko jangkitan penyakit kelamin. Koyakan boleh merosakkan silikon. Malah, koyakan yang kecil boleh cepat menjadi koyakan yang besar, oleh itu, simpanlah alat mainan anda jauh dari objek tajam, gigi, dll. Jika anda menggunakan alat mainan seks jenis abah-abah, ambil penjagaan tambahan bagi memastikan lubang-lubangnya tidak dipaksa secara kasar. Pelincir berasaskan silikon seharusnya dielakkan kerana ia boleh merosakkan alat permainan silikon anda.

 

Alat Mainan Getah

 

Dildo getah datang dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz.

 

Penjagaan mereka adalah mudah:

Alat mainan getah boleh dibersihkan dengan mengelap menggunakan kain lembap berserta sabun lembut (elak pencuci yang kuat) atau alkohol. Pastikan anda membasuh alat mainan anda sebelum pertama kali menggunakannya dan selepas setiap kali penggunaan. Alat permainan seks tidak melincir dengan sendiri, anda akan mendapati penggunaan pelincir berasaskan air boleh meningkatkan nikmat alat permainan anda.

 

Sehingga kini, masih tiada lagi informasi yang boleh dipercayai mengaitkan antara penggunaan alat mainan getah dengan tindakbalas kimia atau alahan. Oleh itu, kami selalunya mencadangkan agar menggunakan kondom apabila menggunakan semua alat mainan penetrasi. Jika anda alah pada lateks, sila dapatkan alat permainan silikon yang sesuai untuk anda. Jika anda berkongsi alat permainan, atau menggunakan pada kedua-dua vagina dan dubur, gunakan ia bersama kondom bagi meminimakan risiko jangkitan penyakit kelamin.

 

Kuasa Bateri Penggetar

 

Bateri penggetar adalah yang paling popular dan kurang mahal disamping getarannya yang lebih lembut dan mempunyai pelbagai variasi dari segi saiz, bentuk, warna dan tekstur berbanding penggetar elektrik. Malangnya, kebanyakan penggetar ini kurang berkualiti dan mempunyai jangka hayat yang tidak dapat dijangka iaitu dari beberapa minggu sehingga ke beberapa tahun. Oleh itu, kami akan memastikan bahawa sebelum penggetar kami meninggalkan setor kami, ia dapat berfungsi dengan baik dan kami menawarkan 30 hari jaminan terhadap mana-mana kerosakan pengilang. Disini terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu penggetar anda tahan lebih lama:

Simpan bateri di luar alat penggetar bila anda tidak menggunakannya. Ini dapat mengelakkan lelehan dan hakisan pada motor dan juga menghalang anda dari meninggalkan penggetar anda dengan kelajuan paling rendah tanpa disengajakan. Penggetar boleh dibersihkan dengan mengelap menggunakan kain lembap serta sabun lembut (elak pencuci yang kuat) atau alkohol. Elakkan mana-mana bahagian berbesi dari menghampiri air kerana ia boleh mengarat. Pastikan anda membasuh penggetar anda sebelum pertama kali menggunanya dan selepas setiap kali penggunaan. Jika penggetar anda menpunyai talikod di antara badan dan pek bateri, pastikan tidak menyentak talikod terlalu kuat. Jika anda menggunakan alat pengetar untuk penetrasi, selalulah kembalikan penggetar dari dasar, bukan dari talikod. Gunakan kondom pada alat permainan yang dikongsi , atau dari vagina ke dubur. Alat permaianan seks tidak melincir dengan sendiri, anda akan mendapati bahawa penggunaan pelincir berasaskan air boleh meningkatkan lagi keseronokan alat permainan ini.

 

Alat permainan ‘cyberskin’

 

‘Cyberskin’ diperbuat dari bahan yang amat lembut dan memberi rasa hampir seakan-akan kulit anda. Ia juga amat anjal dari bahan yang mudah dibentuk, dan cepat suam sesuai kepada suhu badan. ‘Cyberskin’ diperbuat dari campuran silikon dan PVC, tetapi ia tidak seharusnya direbus seperti alat permainan silikon yang lain.

 

Alat permainan ‘cyberskin’ boleh dibasuh dengan air suam dan sabun lembut (elak pencuci yang kuat). Pastikan anda basuh alat mainan anda sebelum pertama kali menggunakannya dan selepas setiap kali penggunaan.

Apabila alat mainan anda kering, anda akan mendapati ianya melekit jika disentuh. Dalam kes ini, anda cuma perlu sapukan alat mainan anda dengan tepungjagung dan ia akan kembali licin dan lembut semula (sila elakkan dari menggunakan serbuk talkum yang mana ia telah dikaitkan dengn kanser serviks wanita). Alat mainan tidak melincir dengan sendiri, anda akan mendapati bahawa penggunaan pelincir berasaskan air boleh meningkatkan keseronokan alat mainan anda. Tolong elakkan alat mainan ‘cyberskin’ anda daripada menggunakan pelincir berasaskan silikon dan minyak, kerana pelincir-pelincir tersebut kadangkala boleh merosakkan alat mainan ‘cyberskin’ anda.

 

Sehingga kini, masih tiada lagi informasi yang boleh dipercayai mengaitkan antara penggunaan alat mainan getah dengan tindakbalas kimia atau alahan. Jika anda amat prihatin tentang perkara ini, kami mencadangkan agar selalulah menggunakan kondom setiap kali penetrasi alat mainan anda. Jika anda berkongsi alat permainan, atau menggunakan di kedua-dua vagina dan dubur, gunakan ia bersama kondom untuk meminimakan risiko jangkitan penyakit kelamin.

 

Elak dari menyimpan alat mainan ‘cyberskin’ anda bersebelahan dengan alat mainan yang diperbuat dari getah biasa atau getah berjeli. Apabila ‘cyberskin’ diletakkan bersentuhan dengan alat mainan getah biasa atau getah berjeli dalam jangka masa yang panjang, ia boleh merosakkan kesempurnaan produk ‘cyberskin’ anda.

 

 

 
Home Payment Contact & Address  

   2006 © Klservice2u.com. All rights reserved.

Website designed by Firdaus & Last update January 2007