Kembali Ke Halaman Utama

Testosteron-Hormon Seks Lelaki

Testosteron ialah agen seks hormon lelaki yang paling penting dihasilkan di gonad. Penghasilan hormon inilah yang membezakan trek pembiakan lelaki di dalam embrio, penurunan buah zakar ke dalam kantung zakar, dan seterusnya pertumbuhan trek pembiakan lelaki dan zakar semasa akil baligh dan kematangan sperma.  Ia juga bertanggungjawab dalam pertumbuhan ciri-ciri seks lelaki kedua seperti pertumbuhan bulu rambut di muka, pembesaran larings (suara garau) dan penambahan penghasilan kelenjar sebum, yang mana kesemuanya berkaitan dengan ciri-ciri kelelakian. Testosteron juga memainkan peranan dalam perkembangan dan kesinambungan nafsu (keinginan seks) dan tingkahlaku seks. 

Testosteron juga mempunyai peranan ‘bukan seks’: ia melaksanakan fungsi penting biosintesis protein dalam mempercepatkan pembinaan otot, meningkatkan penghasilan sel darah merah dan mempercepatkan penumbuhan semula sel serta masa pemulihan selepas sakit atau kecederaan.  Ia merangsang keseluruhan aktiviti metabolik terutamanya laluan proses metabolik tenaga dan pembakaran lemak badan.

Paras Testosetron Menurun Seiring dengan Peningkatan Usia 

Jika anda bertanya pada mana-mana lelaki mengenai paras ketahanan dan keinginan seks mereka, jawapan mereka barangkali adalah kurang memuaskan. Apakah penyebabnya penyusutan kegagahan mereka ini? Umur adalah faktor penyebab yang paling penting. Tetapi bagaimana pula umur bertanggungjawab ke atas sindrom ini? Kata kuncinya ialah penurunan paras testosteron. Kajian menunjukkan bahawa semasa akil baligh, paras testosteron mula meningkat. Paras akan mencapai kemuncak pada umur 25 tahun, dan beransur-ansur kurang seiring dengan umur. Sesetengah kajian klinikal menunjukkan paras testosteron secara puratanya menurun sebanyak 2% setiap tahun selepas umur 30 tahun. Tabiat gaya hidup adalah faktor penting dalam penurunan kadar tersebut. Individu yang selalu bersenam mempunyai kadar penurunan yang lebih perlahan. Ini disebabkan oleh fakta bahawa senaman merangsang penghasilan hormon.  Perokok tegar dan individu yang banyak meminum arak didapati mempunyai penurunan yang lebih ketara

Kembali Ke Halaman Utama